Translate

ADS

Thursday 20 September 2012

APA ITU 'OPPA GANGNAM STYLE' DAN KENAPA IANYA SANGAT POPULAR PADA MASA KINI?


Apa itu Gangnam Stlye? Kenapa Popular? Apa itu Gangnam Stlye dan Kenapa Begitu Popular?Apa dan Siapa sebenarnya Gangnam Stlye dan Kenapa Begitu Popular?. Haloo, kali ini kita akan berkongsi informasi terbaru tentang Apa itu Gangnam Stlye dan Kenapa Saat Ini Begitu Sangat Popular? Okey, Demam Korea memang tengah menyelimuti dunia hiburan. Mulai dari boyband, girlband, hingga ke drama Koreanya. Paling baru yang bikin banyak orang tergila-gila adalah Gangnam Style. "Apa itu Gangnam Style?" Banyak sekali orang yang bertanya, bahkan artis sekelas Britney Spears dan Tom Cruise pun demikian. Sampai begitu sekali!!

Mmm... Lagu ini pertama kalinya dilancarkan pada 15 Julai 2012. Ketika pelancaran album, secara bersamaan, videonya pun dimuatnaik ke laman kongsi video YouTube. Tidak pernah dibayangkan sebelumnya bahawa melalui video Gangnam Style ini, nama Psy akan terkenal ke seluruh dunia.  
"Sebenarnya 'Gangnam Style' itu adalah single pertama dari seorang artis Korea Park Jae Sung alias Psy yang diambil dari album keenam.."
Gangnam sendiri, sebenarnya adalah sebuah kawasan di Seoul, Korea Selatan yang terkenal dengan anak-anak mudanya yang partyholic alias gemar berpesta. Psy kemudian menceritakan kehidupan di Gangnam melalui lagu terbarunya 'Gangnam Style'. Sementara itu tariannya memang diciptakan sendiri oleh Psy dengan cara yang lucu. 

Lebih jauh goyangan tubuh di lagu 'Gangnam Style' mirip joget shuffle dance yang dikombinasikan dengan gerakan seperti menunggang kuda. Mengenai asal-usul tarian ini, Psy menjelaskan yang gerakan itu diperkenalkan kali pertama di sebuah acara uji bakat pada Ogos tahun sebelumnya.

Kini, lagu dan tarian Psy Gangnam Style semakin terkenal karena liriknya yang simple. Sebab jika didengar dengan saksama, lirik lagunya yang sering terdengar di telinga adalah kata-kata "Oppa Gangnam Style". Dalam Bahasa Korea, 'Oppa' adalah panggilan kepada saudara lelaki yang lebih tua atau abang. Okey... Demikianlah info terbaru kami mengenai Apa itu Gangnam Style dan Kenapa Saat Ini Begitu Sangat Popular?

Tuesday 7 August 2012

INILAH DIA SEMANGAT KESUKANAN YANG JITU DAN TINGGI!


Komen: Sifat-sifat sedemikian rupa lah yang sepatutnya ditunjukkan oleh semua negara yang bertanding. Dan kita semua akan bahagia dunia dan akhirat!

Friday 3 August 2012

Patah balik untuk mati


KUALA PENYU: Usaha beberapa agensi kerajaan dengan kerjasama penduduk kampung gagal menyelamatkan nyawa seekor ikan paus seberat lebih 10 tan yang terperangkap dalam kawasan air cetek di muara Sungai Sitompok, dekat sini, kira-kira 200 meter dari sebuah limbungan kapal, semalam.
Penguasa Perikanan Daerah Kuala Penyu, Julin Bagang berkata, paus sepanjang kira-kira 17 meter spesies Balen itu ditemui pekerja Taman Pulau Tiga yang kebetulan melalui lokasi berkenaan untuk ke Pulau Tiga, kira-kira jam 9 pagi semalam, sebelum memaklumkan kepada pihaknya.
Menurutnya, spesies paus itu dikenal pasti selepas pihaknya merujuk kepada seorang pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu.

“Kami sudah merujuk kepada pakar dan berdasarkan kriterianya, dipercayai ikan paus ini adalah spesies Balen,” katanya.

Julin berkata, paus itu mati kira-kira jam 8 malam tadi selepas pihaknya mendapati tiada sebarang reaksi daripada mamalia itu.
Komen : Kalau memang sudah sampai masa dia mau mati, tiada yang dapat menghalangnya. Sudah ketentuannya.

Thursday 2 August 2012

Ibu blogger bakar diri sebelum anak dibicara

Ibu seorang blogger terkenal Vietnam mati semalam selepas membakar diri menjelang perbicaraan anak perempuannya minggu depan.
Pegawai polis di Bac Lieu, utara Vietnam berkata, Dang Thi Kim Lieng, 64, mati ketika dalam perjalanan ke hospital selepas membakar diri di depan pejabat kerajaan tempatan.
Peguam, Ha Huy Son berkata, anak Lieng, Ta Phong Tan (gambar) dan dua blogger lain akan dibicarakan minggu depan.
Mereka dituduh memuatnaik dan menulis ratusan artikel dalam blog masing-masing yang memutarbelit dan menentang kerajaan komunis. -31/7/2012 -Reuters

Komen : Sejak akhir-akhir ni, banyak kisah berkaitan dengan 'blogger' yang disiarkan. Perkataan 'blogger' juga sudah menjadi perkataan biasa dalam perbualan seharian.

Wednesday 1 August 2012

GEMPAR! Haram menikahi gadis satu kampung

HARAP-HARAP TENANGKAN PERASAAN SEBELUM MEMBACA LAPORAN INI, BAGI YANG TELAH TERLANJUR... APA NAK BUAT!!!!

Haram menikahi gadis satu kampung.

JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 oktober tahun 2003: "HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru.

Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian.

Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung?
Pegawai Kanan : Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi satu kampung..........!!!

hehehehehe... jgn marah ah... nanti kena jual (",)

Friday 27 July 2012

KAKITANGAN AWAM TERIMA BONUS SETENGAH BULAN GAJI


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana menteri yang juga menteri kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan hari ini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
“Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan,” katanya.
Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.
- Bernama